Wednesday, December 31, 2014

Day 2 (6/12) Ueno to Nagano

Seawal jam 8.30 pagi semua telah berkumpul dan bersedia untuk meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya iaitu Nagano. Setelah check out kami bergerak semula ke Ueno Station. Oleh kerana masih banyak waktu sementara menunggu train berikutnya ke Nagano, kami sekadar lepak di dalam station.

Perjalanan ke Nagano memakan masa kira-kira 1.30 jam. Pemandangan diluar amat cantik terutamanya apabila memasuki kawasan perkampungan dan masing2 excited bila nampak bandar yang dilitupi salji di Karuizawa.

Sampai di Nagano kira-kira jam 1.00 petang. Cuaca memang agak sejuk iaitu kira-kira 2-3C. Singgah sebentar di Tourist Info Counter. Untuk pergi ke Nozawa mungkin agak suntuk. Oleh itu kami membuat keputusan pergi terus ke Hotel yang terletak betul2 diluar stesen Nagano, hanya perlu melintas jalan. Kali ni saiz bilik agak besar berbanding di Ueno. Kami menginap di Abest Hotel Nagano.

Oleh kerana tiada perancangan khusus hari ni, kami sekadar berjalan2 di sekitar bandar dan menuju ke arah Zenkoji Temple yang merupakan salah satu tarikan utama di sini. Sambil bersiar2 dalam cuaca sejuk kami menikmati pemandangan indah yang mana sebahagiannya telah dilitupi salji yang memutih. Setelah puas berjalan kami terus balik ke bilik untuk makan malam,

Sempat juga berjalan2 diwaktu malam untuk mencari sarung tangan dan stokin untuk persediaan esok.

Day 1 (5/12) Narita to Ueno

Tiba di Narita Airport kirjam 8.00 pagi. Masing2 excited dan sempat bergambar di welcoming signage. Ketibaan di imigresen disambut dengan penuh ramah oleh pegawai imigresen berasal dari Filipina yang membantu kami menyusun dokumen yang telah diisi dan dibawa ke kaunter pemeriksaan.

Setelah mengambil bagasi, kelihatan pegawai kastam yang membawa poster mengenai larangan membawa buah-buahan. Pemeriksaan bagasi dibuat dan terpaksalah menyerahkan sebungkus merah yang dibawa. Alhamdulillah makanan lain tak diambil.

Kami seterusnya pergi ke kaunter JR Pass untuk menukarkan voucher JR Pass yang dibeli di Malaysia. Di kaunter JR Pass ini juga kami akan membuat tempahan tiket untukmenaiki Narita Express (NEX) ke Ueno. Destinasi terakhir NEX ialah Tokyo tetapi kami berhenti di Ueno kerana lebih hampir ke Hotel yang ditempah. Perjalanan Narita ke Euno mengambil masa kira-kira 1 jam.

Sampai di Euno Station kira-kira jam 12 tengahri, kami terus mencari arah ke Ueno Hotel. Cuaca di luar agak sejuk. Jarak ke Hotel lebih kurang dalam 500 meter. Memandangkan masih awal, kami tidak dibernarkan check-in. Sementara menunggu dan berehat sebentar, masing-masing mengeluarkan bekalan yang ada dan makan di ruang cafetaria bersebelahan reception. Setelah kenyang, sebahagian dari kami meneruskan perjalanan ke Ueno Market yang terletak tidak jauh dengan Ueno Station.

Seperti yang telah dirancang, hari ni merupakan hari aktiviti bebas terutamanya untuk mencari pakaian sesuai untuk dibawa ke Nagano esok. Ketika kami mahu meninggalkan hotel, kira-kira jam 2.30 petang kami telah dibenarkan masuk ke bilik. Setelah selesai memunggah barang ke bililk yang agak sempit, solat jamak dan terus bergerak ke Ueno Market yang lebih dikenali sebagai Ameyoko.

Umpama Petaling Street, terdapat banyak kedai2 menjual pakaian disini. Terdapat juga banyak kedai Kebab Halal disini. Walaupun banyak kedai pakaian, tetapi UniQlo jugak menjadi tempat dituju. Setelah selesai membeli pakaian sejuk, kami terus balik memandangkan cuaca sudah semakin gelap dan sejuk. Waktu maghrib agak awal iaitu kira-kira jam 4.30 petang.



Monday, December 29, 2014

Day 0 (4/12) KLIA2 ke Narita Airport

Perjalanan yang dirancang sejak kira-kira bulan Julai 2014 telah menjadi kenyataan. Siapa sangka dalam waktu terdekat dapat mengumpul 6 keluarga untuk sama-sama meneroka bumi Jepun. Kalah rombongan cik kiah. ALhamdulillah sekarang harga Yen telah jatuh so boleh tukar duit lebih sikit.

Macam biasa my favorite money changer would be the one dalam Wisma Sentral (bukan yang diluar tu). Tanpa perlu bargain, terus dapat tukar pada kadar 2.93.

Bertolak dari rumah kira-kira jam 8.30 malam dan sampai ke KLIA 2 kira-kira sejam kemudian. Sempat dinner dan tapau burger beli di Marrybrown, in case budak2 lapar bila sampai di Tokyo.

Kami menaiki Air Asia X ke Narita dan perjalanan mengambil masa kira-kira 7 jam.