Wednesday, January 7, 2015

Day 4 (8/12) Nagano to Tokyo

Memandangkan masing-masing dah kepuasan bermain salji, kami mebuat keputusan untuk mengambil train awal untuk kembali ke Tokyo. Sesampai di Tokyo Station, kami membuat keputusan untuk pergi ke Mount Fuji melalui Lake Kawaguchiko. Kami memanfaatkan JR East Pass untuk meneruskan perjalanan ke Mt Fuji. Bagasi masing-masing ditinggalkan di locker yang banyak terdapat di Tokyo Station. Locker bersaiz besar berkadar 600 yen. 

Perjalanan ke Lake Kawaguchiko mengambil masa agak lama. Dari Tokyo Station kami mengambil JR Chuo Line untuk ke Otsuki. Kami perlu membuat pertukan sebanyak dua kali sebelum sampai ke Otsuki. Memang agak meletihkan dan kebanyakan kami sekadar tidur sepanjang perjalanan. Tidak banyak pemandangan yang menarik di kiri kanan. Sesampainya kami di Otsuki, kami perlu tukar satu lagi train dipanggil Fujikyo Railway Line yang akan membawa kami ke Lake Kawaguchiko.

Kami sampai di Lake Kawaguchiko kira-kira jam 3 petang dan cuaca pun sudah mulai gelap. Sempat menyelesaikan solat jamak sebelum mengambil bas untuk sampai di Lake Kawaguchiko yang memakan masa kira-kira 20 minit. Kami seolah charter keseluruhan bas kerana tiada penumpang lain yang dibenarkan naik.

Sesampai di Lake Kawaguchiko kami diberi masa kira-kira 30 minit untuk menikmati pemandangan Mount Fuji yang mula diliputi salji.Selepas puas mengambil gambar dan membeli sedikit cenderamata kami menaiki bas untuk ke stesen keretapi. Jelas keletihan dan ketika sampai di Otsuki, cuaca sudah gelap dan semakin sejuk. 

Oleh kerana masing-masing sudah keletihan, sebaik sampai di Tokyo Station, kami mengambil bagasi dan membuat keputusan untuk mengambil teksi untuk sampai ke hotel kami yang berikutnya iaitu Best Western Hotel Nishikasai. Jarak perjalanan mengambil masa kira-kira 20 minit dan kami perlu membayar kira-kira 2800 yen. Hotel ini terletak dipinggir bandar Tokyo dan kami memilih hotel ini kerana ia menyediakan shuttle percuma ke Disneyland.

Selepas check-in, saya sempat membeli bekalan makanan sebagai persedian untuk dibawa memasuki Disneyland. Tidak jauh dari pasaraya yang terletak dibelakang hotel, ada 2 buah restoran India. Sambil membawa barangan yang dibeli saya singgah di salah sebuah Retsoran India itu dan bertanya sekiranya mereka menjual makanan yang bersesuaian..sekurang-kurangnya roti canai atau capati. Setelah diyakinkan bahawa mereka menjual makanan kepada ramai muslim dan membeli bahan mentah yang diiktiraf halal, saya pun membeli menempah makanan tanpa ragu-ragu. Nasi briyani ayam, kari ikan, capati menjadi bekalan untuk malam itu. Restoran ini dibuka hingga jam 10 malam.

No comments:

Post a Comment