Sunday, January 11, 2015

Day 6 (10/12) Disneysea Tokyo

Oleh kerana terlupa membuat tempahan shuttle ke Disneysea, kami mencuba nasib untuk mendapatkan shuttle pagi berkenaan tapi dah penuh untuk slot 7.30 dan 8.30 pagi. Ketika kami baru hendak bergerak ke luar, shuttle yang menhantar kumpulan awal telah kembali ke hadapan hotel dan kami terus saja naik ke dalam shuttle. Alhamdulillah pemandu shuttle, bersetuju menghantar kami semua ke Disneysea, destinasi kami selanjutnya. Jika mengikut perancangan kami akan menghabiskan masa sehingga kira-kira jam 2.30 petang.

Sebaik memasuki Disneysea, kami berpecah sepertimana di Disneyland hari sebelumnya. Kawansan Disneysea juga agak luas sepertimana Disneyland. Namun begitu suasananya tidak semeriah Disneysea. Seperti semalam sebelum bermain kami memastikan anak-anak kenyang, dan kami makan bekalan terlebih dahulu.

Ketika dalam perjalanan ke permainan pertama kami terserempak dengan pasangan Mr & Mrs Incredible tapi tak berkesempatan mengambil gambar kerana mereka kelihatan sedang bergegas untuk ke tempat lain. Kami pergi terus ke kawasan Lost River Delta dan menggunakan Fast Pass untuk ke Indiana Jones Adventure. Sementara itu kami ke kawasan Arabian Coast bermula dengan menaiki Jasmine's Flying Carpets memandangkan waktu menuggu yang singkat. Seterusnya kami meneroka Sinband's Storybook Voyage yang mengisahkan pengembaraan Sinbad. Perjalanan diteruskan dengan menaiki Caravan Carousel yang jugak tidak memerlukan masa menunggu yang lama.

Oleh kerana waktu Fast Pass hampir tiba, kami kembali ke Indiana Jones Advanture. Satu permainan menaiki jeep Indiana Jones yang memakan masa kira-kira 3 minit. Kami kemudian melalui Mermaid Lagoon untuk menuju ke kawasan Mysterious Land.


No comments:

Post a Comment