Monday, January 12, 2015

Day 7 (11/12) Tokyo to Echigo Yuzawa

Hari ini kami akan check-out dari hotel untuk ke Narita, sebelum berlepas pulang. Ketika ini hujan turun renyai-tenyai dan kami berjalan kaki ke stesen Nihonbashi yang terletak tidak jauh dari Hotel Best Western, hanya kira-kira 5 minit jalan kaki.

Memandangkan masing2 membawa bagasi kami membuat keputusan untuk mengambil teksi dan pakat berjumpa di Tokyo Station. Kos menaiki teksi dari stesen kira-kira 3,000 Yen. Kami tidak perlu menunggu lama kerana teksi sedang menunggu. Ketika sampai di Tokyo Station, hujan masih turun dan kami bergegas masuk ke dalam. Kami menunggu sebentar kerana salah satu anggota rombongan telah tertinggal beg di salah sebuah teksi yang dinaiki dari Hotel Best Western. Syarikat teksi yang dihubungi akan cuba menjejaki teksi berkenaan dan akan menghubungi pemilik beg berkenaan.

Oleh kerana tiada perancangan khusus untuk hari ini, ada keluarga yang ingin mengunjungi Hard Rock Cafe di Roponggi   dan ada juga yang ingin menyambung membeli belah di Yodabashi, Akihabara. Saya bertanya di kaunter JR untuk mengetahui tempat menarik untuk dikunjungi dan menyambung sessi bermain salji bersama anak-anak. Kakitangan di kaunter JR amat baik hati menelefon beberapa station sepanjang laluan JR dan mencadangkan beberapa tempat yang tidak berapa jauh dari Tokyo. Kami dimaklumkan Echigo Yozawa merupakan tempat yang amat menarik untuk dikunjungi kerana salji yang sudah mulai turun. Perjalanan mengambil masa kira-kira 1 jam.

Walaupun tidak meletakkan sebarang harapan memandangkan sepanjang perjalanan tidak nampak banyak tempat diliputi salji. Namun begitu sebaik sampai di stesen Echigo Yuzawa, masing-masing tersenyum lebar apabila melihat kiri dan kanan stesen dipenuhi dengan salji. Juga kelihatan bukit-bukau yang sangat cantik.

Sebaik memasuki ke dalam stesen, kami terus ke kaunter pertanyaan dan bertanya tempat yang terbaik untuk kami bermain salji. Kami bertemu dengan pasangan dari Singapura yang juga sedang bercuti di Jepun, Selain kami 4 keluarga, keadaan stesen agak lengang.

Kami kemudian  menaiki teksi ke kawasan ski yang dicadangkan oleh staff tadi.




No comments:

Post a Comment